SERI NEGERI – Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua, hari ini.
Istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Datuk Anselm Charles Fernandis dan Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Salhah Salleh di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri.
Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Zuriyah Ab Aziz; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Mohd Radzi Abdul Hamid dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#TYT
#TunMohdAli
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV