Rakyat Melaka Dapat Masuk Percuma Ke Lokasi Pelancongan, 24 Ogos Depan

SERI NEGERI 4 Jun – Rakyat Melaka dengan kad pengenalan 04 serta pemastautin berpeluang menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan di negeri ini pada 24 Ogos depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, tawaran istimewa itu diberikan bersempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Ketika menyampaikan ucapan kalam taat setia bersempena pelantikan Yang di-Pertua Negeri bagi penggal kedua, Ketua Menteri turut mencadangkan cuti peristiwa pada 24 Ogos (Sabtu) dianjak kepada Isnin (26 Ogos).

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#TYT
#TunMohdAli
#KetuaMenteri
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

183 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy