50 Usahawan Melaka Dipilih Jana Ekonomi Logistik

50 Usahawan Melaka Dipilih Jana Ekonomi Logistik

30 Mei – Seramai 50 usahawan logistik tempatan berpeluang menjana ekonomi serta menerima kontrak tetap untuk mengangkut pasir silika dalam tempoh lima tahun menerusi Program Pembangunan Keusahawanan Kecil Perkhidmatan Logistik.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, kesemua usahawan logistik yang terpilih itu akan membawa bekalan bahan mentah dari Semenanjung Malaysia kepada Syarikat Xinyi Glass Sdn. Bhd.

Katanya, menerusi program tersebut, peserta dapat meningkatkan pendapatan secara langsung, selain dapat memiliki kenderaan logistik yang dibekalkan selepas tempoh lima tahun.

“Program keusahawanan logistik yang dijalankan oleh syarikat konglomerat ini merupakan yang pertama di Melaka,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv  

#Xinyi
#XinyiGlass
#mcorp
#pelaburan
#melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

9 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy