Lebih 30,000 Banjiri Melaka Bila Larut Malam

2 Jun – Dianggarkan lebih 30,000 pengunjung dan pelancong membanjiri Melaka bersempena Bila Larut Malam yang menawarkan tiket serendah RM10 mulai hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, jumlah itu menunjukkan sambutan hebat terhadap sektor pelancongan negeri sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Beliau berkata, Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ yang diadakan pada setiap Sabtu pertama setiap bulan turut akan menampilkan kelainan pada setiap bulan.

“Pengunjung juga boleh menyertai cabutan bertuah dengan membeli apa-apa cenderamata serendah RM10 sahaja untuk memenangi sebuah kereta,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv  

#MelakaNightlife
#BilaLarutMalam
#VisitMelaka2024
#TMM2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

10 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy