800 Motosikal Klasik Ronda Satu Melaka

2 Jun – Seramai 800 penunggang motosikal klasik dari beberapa buah negara berkonvoi secara serentak di beberapa lokasi seluruh negeri ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, program itu bersempena Malaysia Bike Week 2024 yang dijadual diadakan hujung minggu hadapan.

Katanya, pelbagai jenis motosikal klasik seperti vespa dan motosikal berkuasa tinggi dari Singapura, Indonesia dan Brunei berjaya dihimpunkan di negeri ini.

“Mereka mula datang ke Melaka sejak semalam dan program ini berlangsung sehingga esok dengan konsep santai sebagai promosi awal sempena sambutan Malaysia Bike Week 2024,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv  

#MalaysiaBikeWeek2024
#motosikal
#klasik
#motorklasik
#VisitMelaka2024
#TMM2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

24 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy