Jom Dekati Haiwan Nokturnal Di Zoo Melaka

31 Mei – Pengunjung di Zoo Melaka berpeluang melihat sebanyak 200 ekor haiwan daripada 60 spesies haiwan nokturnal iaitu spesies yang aktif pada waktu malam bersempena program Bila Larut Malam bermula 1 Jun ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, tawaran itu khas buat semua pengunjung di Zoo Melaka setiap Sabtu pertama setiap bulan.

“Antara yang menjadi tarikan adalah seperti burung hantu, gajah dan zirafah. Malah turut berlangsung pertunjukkan haiwan yang akan membabitkan dua sesi iaitu pada jam 10.30 dan 11.30 malam.

“Disamping itu saya juga ingin mengingatkan orang ramai yang ingin berkunjung ke Zoo Melaka ini bersempena Program Melaka Bila Larut Malam agar memakai kasut ia bagi langkah keselamatan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Zoo
#ZooMelaka
#MPHTJ
#BilaLarutMalam
#MelakaNightlife
#MelakaBilaLarutMalam
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

50 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy