Melaka Bila Larut Malam Rancakkan TMM2024

27 Mei – Melaka merupakan negeri pertama yang menawarkan produk pelancongan selepas jam 11 malam menerusi Program Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata inisiatif itu sekali gus akan merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Katanya, selain menawarkan pakej khas RM10 tiket kemasukan ke beberapa produk pelancongan, peniaga juga dibenarkan berniaga sehingga jam 3 pagi.

“Pada 26 Mei 2024 secara rasminya kita akan melancarkan produk pelancongan baharu yang dinamakan Melaka Bila Larut Malam atau Melaka Nightlife bermula pada 1 Jun 2024 (Sabtu) nanti,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#TMM2024
#BilaLarutMalam
#MelakaNightlife
#MelakaTV
#MHI
#MelakaHariIni

Views:

37 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy