235 Asnaf, Anak Yatim Sertai Kursus Pemantapan Diri

235 Asnaf, Anak Yatim Sertai Kursus Pemantapan Diri

27 Mei – Seramai 235 anak asnaf dan anak yatim menyertai Kursus Peningkatan Dan Sahsiah Diri Kompleks Fatimah Al Zahra MAIM (KAYFAZ) di Kem Permata Resort Alor Gajah bermula Jumaat lalu.

Kursus yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu melibatkan 201 asnaf dan 34 penuntut KAYFAZ.

Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Shaifulfazlee Mohamad berkata, program seumpama itu adalah bertujuan untuk membina jati diri pelajar seterusnya mewujudkan rangkaian hubungan yang baik antara mereka tanpa mengira latar belakang keluarga.

Jelasnya, pelbagai aktiviti diadakan antaranya solat berjemaah, aktiviti air, kuiz minda, rekacipta dan banyak lagi sebagai satu kaedah membina cara pembelajaran yang lebih interaktif.

Terdahulu, majlis penutupan disempurnakan Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Salhah binti Salleh.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MAIM
#MajlisAgamaIslamMelaka
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#KAYFAZ
#asnaf
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

5 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy