Mohd Shaiful Hizam Johan dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)

23 Mei – Mohd Shaiful Hizam Johan dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) secara peminjaman dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 15 Mei 2024.

Terdahulu Mohd Shaiful Hizam, melafazkan angkat sumpah di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Yang Dipertua MPJ Ke- 9 di Seri Negeri, hari ini.

Sebaik selesai melafazkan sumpah Mohd Shaiful Hizam, menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua MPJ Ke-9 yang diserahkan oleh Ketua Menteri.

#MPJ
#MajlisPertbandaranJasin
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

8 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy