22 Mei – Pameran Hang Tuah yang bakal berlangsung selama sebulan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bermula 10 Jun ini.
Pameran tersebut bakal mempertontonkan kepada umum segala artifak dan bahan sejarah yang ditemui di seluruh dunia berkaitan legenda tersohor Melayu itu.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, antara yang bakal dipamerkan adalah keris tinggalan Laksamana Hang Tuah yang masih disimpan oleh warisnya dari Bintan, Indonesia.
“Melaka cukup bertuah kerana, pihak waris telah memberi kepercayaan untuk mempamerkan barangan warisan ini yang mempunyai kisah-kisah tersendiri kepada rakyat pada pameran ini,” katanya.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#HangTuah
#LaksamanaHangTuah
#Pahlawan
#pahlawanmelayu
#sejarah
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV