Guru JAIM Wajib Sertai Telegram MyMelakaNews – KM

22 Mei – Semua guru-guru di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) diwajibkan menggunakan aplikasi Telegram MyMelaka News bagi mendapatkan maklumat sahih berhubung hal ehwal semasa negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia bagi memastikan semua para guru dan pendidik mengikuti perkembangan teknologi dan arus semasa.

“Para guru turut diberikan peluang untuk menyuarakan pendapat dan cadangan bagi memperkasa penggunaan aplikasi berkenaan.

“Di samping itu, landskap pendidikan juga mengalami transformasi pesat dengan kemunculan teknologi. Saya menyeru agar seluruh warga pendidik komited dan mengorak langkah lebih proaktif demi memastikan kefasihan murid dalam kemahiran teknologi,” katanya.

Terdahulu, pada Majlis Sambutan Hari Guru JAIM Peringkat Negeri Melaka, semalam, Khairiah Abdullah telah dianugerahkan Tokoh Guru JAIM 2024.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#JAIM
#JabatanAgamaIslamMelaka
#MyMelakaNews
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

14 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy