Tambah Baik Perkhidmatan MAIM, JAIM

Tambah Baik Perkhidmatan MAIM, JAIM

20 Mei – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyampaikan amanatnya kepada kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Dalam amanatnya, enam perkara penting telah digariskan beliau antaranya menambah baik aspek pengurusan sumber manusia dan memupuk nilai etika yang cemerlang.

Seterusnya, beliau juga menggalakkan budaya pembelajaran berterusan dalam perkhidmatan dan kekerapan pemantauan prestasi perkhidmatan pegawai serta kakitangan terlibat.

Selain itu, beliau juga menggariskan agar kakitangan MAIM dan JAIM mengutamakan aspek penilaian terhadap ketelusan pengurusan.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MAIM
#JAIM
#Amanat
#KetuaMenteriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

29 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy