Melaka Tuan Rumah Hari Belia Negara 2024

19 Mei – Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan pada 25 Mei ini adalah pengiktirafan besar kepada Kerajaan Negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Katanya, ia sekali gus mengangkat martabat Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka untuk menganjurkan acara besar di peringkat kebangsaan.

“Melaka telah bersedia menjadi tuan rumah dengan semua infrastruktur dan prasarana yang terbaik.

“Ini menunjukkan bahawa pengurusan keremajaan rakyat Melaka melalui persidangan belia mampu menarik minat di peringkat Persekutuan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#HariBeliaNegara2024
#HBN
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

24 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy