10,000 gamatkan larian bersama ‘wira merah’

19 Mei – Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia Madani di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, malam tadi mendapat sambutan luar biasa.

Acara larian santai itu turut mendapat kerjasama padu daripada hampir kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka bersama rakyat di kawasan masing-masing bertujuan memeriahkan lagi sambutan berkenaan.

Paling mencuri tumpuan adalah ‘pertarungan’ di antara dua wakil rakyat iaitu ADUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan ADUN Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh yang membawa rombongan masing-masing bagi membuktikan siapa jaguh larian yang lebih hebat bagi merancakkan lagi acara berkenaan.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#LarianHariBomba
#HariBomba
#Bomba
#wiramerah
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

26 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy