Alhamdulillah, dah boleh tidur lena

15 Mei – “Tidur dalam hujan, atas pasir-pasir,” itu situasi dialami Salmah Muhammad setiap kali hujan turun membasahi setiap ruang rumah.

Situasi itu bagaimanapun berubah selepas menerima bantuan Program Baik Pulih Rumah Asnaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Kampung Air Repat, Jumaat lalu.

Luah warga emas itu, kehidupannya yang tinggal berdua bersama anak orang kurang upaya (OKU), Abdul Karim Mahad, 58 tahun ternyata lebih baik selepas rumahnya dibaik pulih oleh Kerajaan Negeri.

“Sebelum ini rumah basah, lantai pun bertanah tetapi saya bersyukur kerana kesusahan saya mendapat perhatian dan rasa bagai bermimpi kini mendiami kediaman yang lebih selesa,” katanya.

Terdahulu, program Baik Pulih Rumah Asnaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Tahun 1455/2024M di Kampung Air Repat dan Kampung Pondok Batang, Jumaat lalu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MAIM
#MajlisAgamaIslamMelaka
#Asnaf
#bantuan
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

21 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy