News 2024 1

13 Mei – Institut Tun Perak (ITP) menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM33,500 bagi Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka 2024.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, menariknya pada pertandingan edisi tahun ini turut diperkenalkan tiga anugerah khas kepada pemidato iaitu Pemidato Terbaik Piala Menteri Perpaduan, Persembahan Terbaik dan Anugerah Khas Juri.

Pertandingan yang memasuki edisi kelima itu memberi pendedahan kepada masyarakat dan generasi muda agar memahami peranan Rukun Negara sebagai asas penyatuan dan jati diri rakyat Malaysia.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#PidatoRukunNegara
#PialaTYT
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

13 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy