lv 0 20240513192901

13 Mei – Kejadian pokok tumbang yang dilaporkan berlaku di Jalan Pinang, Ibu Negara akibat hujan lebat petang tadi hampir mengenai sebuah kenderaan polis yang mengiringi rombongan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Ab Rauf berkata, kejadian berlaku pada jam 3.30 petang apabila kenderaan yang membawanya dalam perjalanan untuk satu urusan di ibu kota.

Terdahulu, hujan lebat di ibu kota menyebabkan satu lagi kejadian pokok tumbang menghempap kenderaan berlaku di Jalan Pinang.

Menerusi beberapa rakaman video dan gambar yang tular di laman sosial memaparkan pokok tumbang sebelum menghempap beberapa kenderaan.

Media melaporkan, kejadian pokok tumbang itu turut hampir mengenai kenderaan dinaiki Ketua Menteri Melaka.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#KetuaMenteri
#PokokTumbang
#IbuNegara
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

60 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy