12 May 2024

12 Mei – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka menyasarkan 40,000 wanita termasuk kaum ibu menerima manfaat menerusi pelbagai program pemerkasaan golongan itu pada tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sejak Pusat Keluarga LPPKN di Melaka beroperasi sepenuhnya pada 3 Januari lalu, ramai wanita terutama kaum ibu di negeri ini menerima manfaat menerusi pelbagai program.

“LPPKN Negeri Melaka telah memberi manfaat kepada 20,000 wanita termasuk kaum ibu sepanjang 2023 dan pusat itu akan terus menjadi pusat sehenti dengan menyasarkan lebih 40,000 manfaat sepanjang tahun ini,” katanya.

Mengikut rekod, Pusat Keluarga LPPKN itu merupakan pusat keluarga yang keenam disediakan lembaga itu dan ia menyediakan pelbagai perkhidmatan keluarga dan program kesejahteraan wanita, yang akan memanfaatkan lebih 300,000 orang penduduk wanita yang berumur 15 tahun dan ke atas di negeri Melaka.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#HariIbu
#SelamatHariIbu
#LPPKN
#lppknmelaka
#melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

12 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy