Melaka Bike Week 2024 Jun Depan

11 Mei – Melaka Bike Week 2024 yang menghimpunkan peminat sukan permotoran bakal berlangsung pada Jun depan bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC)

Pelbagai pengisian akan ditampilkan antaranya pameran koleksi permotoran dan kenderaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Melaka telah menerima perkenan daripada baginda untuk menyertai penganjuran itu dengan mempamerkan asetnya untuk ditatapi pengunjung yang hadir.

“Melaka telah menerima perkenan daripada baginda untuk mempamerkan aset-aset yang dipuluh untuk ditatapi oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Melaka International Motorfest & Scooterfest (MotoXFest) diadakan di Melaka International Motorsport Circuit, hari ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MelakaBikeWike2024
#MotoXFest
#MelakaInternationalMotorXFest
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

36 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy