Warga Pendidik SRA JAIM diraikan

7 Mei – Seramai 430 orang warga pendidik Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) diraikan menerusi Majlis Sambutan Hari Raya Dan Rumah Terbuka Guru-Guru SRA JAIM Daerah Alor Gajah di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, Masjid Tanah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, penganjuran majlis seumpama itu secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim yang akhirnya melahirkan semangat kesepaduan dan muhibah dalam kalangan warga pendidik.

Tambahnya, mereka memainkan peranan penting untuk membimbing generasi muda agar tidak leka atau terpengaruh dengan unsur negatif dalam suasana dunia tanpa sempadan ketika ini.

Bukan sekadar memberikan pendidikan agama secukupnya, katanya, guru SRA JAIM bertanggungjawab dalam membentuk kemenjadian generasi muda, sekali gus melahirkan modal insan berkualiti.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#SRA
#JAIM
#JabatanAgamaIslamMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

496 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy