Tradisi Jom ‘Ngoca’ Meriahkan Suasana Kampung

5 Mei – Tradisi rumah terbuka Aidilfitri yang disambut dengan didahului aktiviti menangkap ikan beramai-ramai menggunakan tangan ‘ngoca’ mendapat sambutan menggalakkan di Kampung Kuala Sungga, hari ini.

Justeru, penganjuran aktiviti Jom Ngoca Raya Kuala Sungga dirancang diadakan dalam skala yang lebih besar pada tahun hadapan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan merangkap Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata, selepas dua siri penganjuran, beberapa perancangan akan dirangka bagi memeriahkan lagi aktiviti itu pada masa akan datang.

Peserta yang menyertai Ngoca tidak terkecuali memberikan reaksi positif mengenai penganjuran program tersebut.

🎥 Hasbullah Azhar

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#JomNgoca
#Ngoca
#KualaSungga
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

1 view

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy