Ulat Parkir Terciduk, Tiga Positif Dadah

5 Mei – Lima ‘ulat parkir’ termasuk dua wanita yang dipercayai aktif dalam kegiatan parkir haram dicekup pada satu operasi khas yang dijalankan, Jumaat lalu.

Operasi telah dibuat di sekitar kawasan parkir Kampung Hulu, bermula 8 malam.

Ia dijalankan penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dibantu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, kegiatan individu tidak bertanggungjawab itu dikesan berlaku di sekitar Bandaraya Melaka termasuklah kawasan tumpuan pelancong.

“Kesemua mereka ini dipercayai melakukan kesalahan mengutip bayaran parkir kenderaan secara haram,” katanya pada sidang media selepas tamat operasi di Banda Hilir.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#UlatParkir
#MBMB
#MajlisBandarayaMelakaBersejarah
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

0 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy