Keberangkatan Agong Ke Rumah Terbuka Aidilfitri KM Melaka Cipta Sejarah

4 Mei – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila menerima keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Difahamkan, Seri Paduka julung kali mencemar duli ke Negeri Melaka selepas dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, 31 Januari lalu.

Terdahulu, Seri Paduka tiba pada jam 3 petang diiringi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Ab Rauf dan isteri Datin Seri Utama Zuriyah Ab Aziz.

Dianggarkan lebih 10,000 rakyat jelata dan tetamu turut bersama memeriahkan majlis pada petang ini.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanah air Amy Search dan Azharina, selain lagu ikonik Senandung Anak Melaka nyanyian Yasser Fikri.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#RumahTerbuka
#RumahTerbukaAidilfitri
#Agong
#Syawal
#Aidilfitri
#KetuaMenteriMelaka
#KampungPulau
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

1 view

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy