Jenazah Allahyarham Zaidi Johari Selamat Dikebumikan

19 April – Jenazah Allahyarham Datuk Wira Zaidi Johari selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ihsan, Kampung Tebong Stesyen pada jam 2.45 petang tadi.

Allahyarham disemadikan di kampung halamannya itu selepas selesai solat jenazah kali kedua yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Perjalanan terakhir Allahyarham diiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta kenamaan lain.

Mengikut rekod, Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak berusia 27 hingga 17 tahun.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#AlFatihah
#KerajaanNegeriMelaka
#SetiausahaKerajaanNegeriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

69 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy