Jenazah Allahyarham SUK Melaka Selamat Disolatkan di Masjid Al-Azim

19 April – Suasana hiba menyelubungi pemergian Allahyarham, Datuk Wira Zaidi Johari yang meninggal dunia pagi tadi.

Allahyarham yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Ke-29 menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Melaka akibat serangan jantung.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Masjid Al Azim pada jam 10.55 pagi dan selesai disembahyangkan pada jam 11.10 pagi yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Al Azim, Datuk Muhammad Hashim Al-Hafiz.

Turut hadir menunaikan solat jenazah berkenaaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Al-Ihsan Tebong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebong selepas solat Jumaat.

🎥 Aufa ‘Izzati

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#AlFatihah
#KerajaanNegeriMelaka
#SetiausahaKerajaanNegeriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

49 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy