Rumah Terbuka Aidilfitri Klebang: Erti Sebuah Perkongsian

18 April – Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang menonjolkan semangat perkongsian antara masyarakat berbilang kaum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, ia dapat dibuktikan apabila majlis berkenaan dihadiri bukan sahaja masyarakat Melayu, bahkan Cina dan India turut bersama dalam meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Bertempat di SJKC Ying Chye, Bukit Rambai, rumah terbuka itu menyajikan pelbagai juadah hari raya antaranya sate, apam balik, roti jala dan pelbagai lagi.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#RumahTerbukaAidilfitri
#RumahTerbukaAidilfitriKlebang
#Aidilfitri
#Syawal
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

18 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy