Melaka – Jerman Teroka Kerjasama Pelaburan

15 April – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, menerima kunjung hormat Duta Besar Jerman, Tuan Yang Terutama Dr. Peter Blomeyer di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.

Kunjung hormat itu antara lain bertujuan meneroka potensi kerjasama pemain industri dari Negara Jerman untuk mempromosikan German Technology Park (GTP) iaitu sebuah kawasan perindustrian baharu di Bandar Hijau, Ayer Keroh.

Pada pertemuan itu, Ab Rauf dan Dr. Peter turut bertukar idea dan berkongsi pandangan khususnya sempena lawatan kerja rasmi Ab Rauf ke Jerman dijadualkan pada hujung bulan ini.

Kerajaan Negeri juga sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk pelaburan dan kerjasama syarikat Jerman bagi mengambil bahagian dalam pembangunan Straits Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ).

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#KerajaanNegeriMelaka
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#Pelaburan
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

14 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy