Villa Satu Abad Destinasi Wajib Pelancong

13 April – Villa Sentosa yang berusia 100 tahun di Kampung Morten menjadi menerima lebih 100,000 pelawat sejak ia dibuka dan berupaya meningkatkan ekonomi penduduk kampung.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kewujudan kampung itu yang menjadi destinasi wajib singgah telah menyebabkan banyak gerai makanan sekitar dibuka dan menggamit pelancong pada sebelah malam.

Tambahan lagi, Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan RM100,000 kepada Villa Sentosa di Kampung Morten bagi memelihara dan memulihara rumah bersejarah berusia 100 tahun itu.

Ia menerusi bantuan berbentuk ‘one-off’ akan disalurkan kepada pengurusan rumah berkenaan bertujuan untuk menambah baik daya tarikan di kawasan pelancongan itu.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#VillaSentosa
#VillaSatuAbad
#Villa100Tahun
#KampungMorten
#KerajaanNegeriMelaka
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

23 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy