‘Lega baju raya anak sudah lepas’

7 April – “Melihat dua anak ini ceria selepas dapat baju raya sudah cukup,” kata Irwan Shah Ibrahim biarpun dia sendiri belum mempunyai persalinan bagi menyambut hari kemenangan umat Islam tersebut.

Irwan sebelum ini kusut memikirkan bagaimana mahu menyediakan pakaian baharu buat lima cahaya matanya pada pagi 1 Syawal nanti.

Dia bagaimanapun bersyukur terpilih menerima sumbangan menerusi Program Jom Raya Bersama Pemuda, anjuran Pemuda Umno Bahagian Masjid Tanah bersama Archway Mapping Services di Pekan Masjid Tanah disempurnakan Ketua Pemuda UMNO Melaka, Abdul Hakim Abdul Wahid.

Program itu dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Pengarah Urusan Kumpulan Archway Mapping Services Mohd Ashraf Ahmad.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#JomRayaBersamaPemuda
#UMNO
#MasjidTanah
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

6 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy