Orang Alor Gajah tidak dilupakan

Orang Alor Gajah, DUN Asahan Tidak Tercicir Terima Sumbangan Ramadan

28 Mac – Sepanjang Ramadan ini, sejumlah RM100,000 diagihkan kepada rakyat Melaka terutama golongan B40, warga emas, anak yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi Kerajaan Negeri Melaka.

Meneruskan siri agihan, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan sebanyak RM15,000 beserta kit makanan kepada 150 orang penerima di bawah DUN Parlimen Alor Gajah termasuk DUN Asahan.

“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban perbelanjaan tuan-tuan dan puan-puan sepanjang menyambut bulan Ramadan ini,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#KerajaanNegeriMelaka
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#Ramadan
#SumbanganRamadan
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

6 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy