‘Alhamdulillah tahun ini ada baju raya baharu’

28 Mac – “Saya kadang-kadang terfikir tahun ini mampu tak belikan baju raya untuk anak-anak. Tak sangka beroleh rezeki dapat sumbangan Zakat ini,” kata salah seorang penerima sumbangan Program Tautan Kasih Ramadan Anjuran Zakat Melaka 2024, Khadijah Mohd Sani, 35 tahun.

Khadijah dari Kuala Linggi itu bersyukur kerana setidak-tidaknya sumbangan tersebut boleh meredakan kerisauannya memikirkan persalinan baharu buat anaknya.

Khadijah merupakan ibu kepada salah seorang 160 anak-anak fakir, miskin dan anak yatim seluruh Melaka yang menerima sumbangan raya, Selasa lalu.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Zakat
#ramadan
#TautanKasih
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

18 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy