German Technology Park Tawar 10,000 Peluang Pekerjaan

22 Mac – Pembangunan German Technology Park (GTP) di Melaka bakal menawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri yakin model pembangunan GTP ini akan meletakkan Melaka sebagai destinasi pelaburan yang cukup menarik kepada syarikat berteknologi tinggi di Jerman.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Melaka (MCORP) menandatangani dua memorandum untuk pembangunan German Technology Park (GTP) Melaka dalam majlis berlangsung di sebuah hotel, hari ini.

MoU antara MCORP dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) adalah bagi tujuan pemasaran, mempromosikan GTP dalam misi perdagangan dan pelaburan MIDA khususnya kepada pelabur berkaitan Jerman di Malaysia serta antarabangsa.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#GTP
#GermanTechnologyPark
#Melaka
#pelaburanmelaka
#MelakaHariIni
#mhi
#melakatv

Views:

68 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy