Meriahnya ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ di Masjid Nur Jannatul Bahri

Lebih 600 umat Islam berkumpul di Masjid Nur Jannatul Bahri, Ayer Hitam Pantai untuk menunaikan solat Subuh bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam Program #GengSubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid Bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Ketua Menteri mengucapkan terima kasih kepada Bank Muamalat kerana menjalankan program CSR yang bermakna ini. Beliau menggalakkan syarikat korporat lain untuk mengadakan program sebegini dalam menyokong komuniti dan usaha murni.

Program ini turut diserikan dengan penyerahan sumbangan RM10,000 kepada pihak masjid.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#SubuhMacamJumaat #CSR #KetuaMenteriMelaka
#BankMuamalat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

37 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy