Melaka Dekat Di Hati Komuniti Pengakap

9 Mac –  “Melaka sangat dekat di hati kami,” kata Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin mengulas mengenai pemilihan Melaka sebagai lokasi Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) kali ini.

Jelasnya, Melaka mempunyai kemudahan untuk menjalankan pelbagai aktiviti pengakap secara aktif misalnya tapak kem yang selesa dan panorama indah di tepi laut.

Sebagai sebuah pertubuhan antarabangsa, katanya, sesi istiadat yang menampilkan 15 penerima daripada perwakilan asing seperti  Singapura, Thailand, Indonesia kali ini juga bertepatan dalam mempromosikan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 sebagai lokasi pelancongan setaraf negara-negara membangun.

“Saya dahulu bekerja di Kem Terendak Melaka sebagai Pengarah Hospital Angkatan Tentera lebih 7 tahun dan mendapati sini mempunyai tarikan serta kemudahan untuk komuniti pengakap terutamanya.

“Justeru banyak program-program tahunan diadakan di sini. Begitu juga istiadat hari ini yang diharap dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Views:

82 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy