Perumahan Berkualiti, Harga Mampu Milik : Komitmen Kerajaan Negeri Melaka

Projek perumahan baharu di Negeri Melaka kini lebih inklusif dengan 50% daripada kawasan projek memenuhi kriteria Rumah Mampu Milik, termasuk rumah kos rendah serendah RM70,000.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan komitmen ini sejajar dengan Dasar Perumahan baru Kerajaan Negeri Melaka.

Menurut beliau, selain rumah kos rendah, terdapat juga pelbagai pilihan Rumah Mampu Milik lain bagi rakyat Melaka, membantu memenuhi keperluan perumahan serta menggalakkan penghijrahan sosiopolitik.

“Ini langkah penting bagi memastikan setiap rakyat Melaka memiliki rumah sendiri,” katanya.

Semasa majlis menandatangani perjanjian pembangunan rumah mampu milik di Mukim Paya Rumput, Ab Rauf turut menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Melaka dalam menyediakan perumahan yang berkualiti dan paling penting mampu milik.

Ikuti kami di Telegram:

https://t.me/melakatv

#PerumahanMelaka #RumahMampuMilik #Inklusif
#MelakaHarilni
#MHI #Melaka #KomitmenKerajaan

Views:

4 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy