Kerajaan Negeri dan Polis berpisah tiada – KM

Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan PDRM Melaka dijamin terus diperkukuhkan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat! Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjamin bahawa Kerajaan Negeri memberi perhatian yang serius kepada kebajikan dan keselamatan anggota PDRM.

Program Community Policing Ketua Menteri Melaka Bersama Warga PDRM Alor Gajah di IPD Alor Gajah hari ini menjadi bukti komitmen ini. Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution & Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah.

Ketua Menteri turut menyampaikan sumbangan khas kepada pelajar cemerlang, anak-anak istimewa, balu, dan anggota yang mengalami masalah kesihatan, serta sumbangan ikhlas RM10,000 kepada IPD Alor Gajah.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#KerjasamaKesejahteraan #KeselamatanRakyat #MelakaMaju
#KerajaanNegeriMelaka
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

7 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy