Pertandingan Dapur Panas Mualaf

2 Mac – Pertandingan Dapur Panas Mualaf Peringkat Kebangsaan 2024 di Sungai Melaka berjaya menyaksikan pertarungan hebat 14 pasukan dari seluruh negara! 🍳🔥

Pertandingan anjuran bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan JAKIM, ini berlangsung sempena Majlis Sambutan Mahabbah Tahun Baru Cina Mualaf Peringkat Kebangsaan 1445H Tahun 2024.

Peserta mualaf dari setiap pasukan perlu menyiapkan sajian ‘Chinese Oriental Fusion Cuisine’. Pasukan Melaka yang diwakili Adam Goh Koh Ming & Mohd Firdaus Wong Abdullah meraih johan dengan membawa pulang RM5,000 serta sijil penyertaan.

Tahniah juga kepada pasukan Terengganu dan wakil Melaka yang menduduki tempat kedua & ketiga! 🎉🏆

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

🥇🥈🥉
#PertandinganDapurPanasMualaf #MelakaMaju
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

10 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy