PM Datang Lagi Ke Melaka 20 Februari

9 Februari –
“Dari Tangkak ke Selayang,
Singgah sebentar di Kuala Linggi;
Kalau tidak kerana kasih dan sayang,
Tidak akan saya sampai ke mari.”

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima pelawaan Kerajaan Negeri Melaka dengan cara berpantun untuk hadir ke Majlis Memperingati Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Melaka, 20 Februari ini.

“Insya-Allah pada 20 Februari ini saya akan turut serta bersama rakyat Melaka kerana saya tersentuh dengan peristiwa membawa kepada detik kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj di Banda Hilir.” Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka, yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#PMX
#Melaka
#Merdeka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

55 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy