Melaka Bakal Miliki Terminal Kapal Persiaran Terbesar

1 Februari – Melaka bakal memiliki sebuah terminal kapal persiaran antarabangsa terbesar negara, yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, projek dinamakan Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Melaka (MICT) itu merupakan sebahagian daripada komponen Melaka Gateway di Pulau Melaka, yang dibina dengan kos RM682 juta dan dijangka siap pada 2026.

Menurut Ab Rauf, apabila siap kelak, terminal berkenaan mampu menampung dua unit Kapal Kelas Oasis di Dermaga Luar; satu unit Kelas Kuantum serta satu unit kapal persiaran Voyage of the Sea di Dermaga Dalam secara serentak.

Selain itu, MICT juga bakal muncul sebagai sebuah jeti persiar terbesar di Asia Tenggara yang mampu menggamit seramai 15.8 juta pelancong domestik dan antarabangsa menjelang tahun 2036 dengan keseluruhan perbelanjaan sehingga RM9 bilion.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#KapalPersiaran
#kapalpersiaranantarabangsa
#KerajaanNegeriMelaka
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

43 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy