MPHTJ Capai Sasaran Tanam 1,500 Pokok Setahun

19 Januari – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, MPHTJ telah menanam sebanyak 1,000 pokok Hopea Odorata atau Merawan Siput Jantan di kawasan pentadbirannya setakat ini. Jumlah itu sekali gus memberi galakkan kepada MPHTJ mencapai sasaran menanam sebanyak 1,500 pokok setahun.

“Penanaman pokok ini selain daripada untuk teduhan ia membantu mengurangkan kadar pelepasan karbon dan menyerap lebih banyak karbon sekali gus menggalakkan pengeluaran oksigen lebih tinggi.” Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pembudayaan Landskap Veritas 100 pokok di Reforestation & Riparian (RR) Sungai Putat hari ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Pokok
#MPHTJ
#MelakaHariIni
#MelakaTV
#MTV

Views:

20 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy