Pertandingan Laman Indah Melaka Kampung Bukit Duyong Ketengah Warisan Tradisional

17 Januari – Selain melakukan kerja-kerja pengindahan, usaha mengetengahkan bahan-bahan tradisional masyarakat Melayu adalah antara kelainan yang bakal ditonjolkan dalam Pertandingan Laman Indah Melaka yang dianjurkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Pengerusi JPKK Kampung Bukit Duyong Jafri Mamat, berkata, pemilihan kampung itu layak ke peringkat akhir akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk bersama-sama dengan 19 lagi kampung dan taman perumahan.

“Untuk menampilkan konsep yang dipilih itu kita hiaskan dewan ini dengan tema batik apabila menggunakan kain batik sebagai langsir selain mempamerkan peralatan tradisional harian seperti tepak sirih, batu giling, batu kisar, dan juga ‘pokdan’ atau kukur kelapa,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#KampungBukitDuyong
#LamanIndah
#MBMB
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

12 views

Shares