Kembalikan Pantun Sebagai ‘pemanis’ Majlis –  Sidang Kampung Pulau Kelapa

17 Januari – Apa guna si dahan kayu,
Kalau tidak dibuat Lantai;
Apa guna mengaku Melayu,
Kalau berpantun pun tidak pandai.

Lemah lembut sopan dan santun,
Kebaya labuh manik bersulam;
Kalau orang Melaka tak tahu berpantun,
Bagaikan makan tidak berulam.

Bait-bait pantun tersebut diungkapkan Yang Dipertua Persatuan Ketua-Ketua Kampung (Sidang) Negeri Melaka merangkap Sidang Kampung Pulau Kelapa, Shaari Abu.

Menurut Shaari, adat berpantun seharusnya diangkat menjadi darah daging masyarakat Melayu dan diletakkan sebagai ‘pemanis’ majlis sebagaimana zaman dahulu.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Pantun
#pantunmelayu
#tradisional
#warisan
#senipantun
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

14 views

Shares