13 Januari – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) menjadi institusi pengajian yang terawal di negara ini yang menawarkan penginapan percuma selama setahun.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, tawaran itu justeru perlu direbut oleh semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam pada itu, kata beliau, kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Pendidikan Melaka menawarkan pelbagai insentif buat pelajar terutama anak Melaka yang cemerlang melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#UNIMEL
#UniversitiIslamMelaka
#IPT
#Pendidikan
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV