Rombakan Besar Besaran Jabatan, Agensi Demi Kemajuan Melaka – Km

12 Januari – Kerajaan Negeri Melaka akan melakukan rombakan besar-besaran membabitkan beberapa jabatan dan agensi sebagai usaha memajukan lagi negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, rombakan itu juga dibuat sejajar mengikut penilaian daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

“Saya menasihatkan semua agar menghayati slogan ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’ dengan sepenuh hati dan bukannya sekadar perhiasan di dinding dan surat-surat rasmi kerajaan.

“Kerjasama ini perlu bagi memastikan semua polisi yang ditetapkan dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#KerajaanNegeriMelaka
#AmanatTahunBaharu
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

50 views

Shares