Melaka Negeri Pilihan Peminat ‘Campervan’

4 Januari – Kerajaan Negeri Melaka akan mewujudkan lebih banyak tapak karavan atau campervan (van perkhemahan) untuk menarik minat pengembara singgah bermalam di Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini terdapat dua tapak karavan diwujudkan iaitu di ‘Recreational Vehicle Park’ Bukit Serindit dan Paya Lebar, Masjid Tanah.

“Insya-Allah selepas ini kita akan wujudkan tapak campervan ini di kawasan Pantai Tanjung Bidara, Kuala Linggi dan beberapa lagi kawasan hingga ke Sungai Kesang,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#campervan
#caravan
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#melakahariini
#mhi
#melakatv

Views:

16 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy