TMM 2024: Melaka Terima Tambahan RM2 Juta Dari MOTAC

1 Januari – Kerajaan Negeri Melaka menerima peruntukan tambahan sejumlah RM2 Juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk promosi Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 yang dilancarkan secara rasmi malam tadi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, penerimaan itu adalah satu bentuk penghargaan kepada portfolio pelancongan atas kesungguhan Kerajaan Negeri Melaka dan semua yang terlibat menjayakan TMM 2024.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri (Datuk Seri Tiong King Sing) kerana melihat kejayaan pada malam ini menjadi kebanggaan kepada rakyat Melaka,” katanya selepas Majlis Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan Ambang Tahun Baharu 2024 di Dataran Pengkalan Rama, malam tadi.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#motac
#TMM2024
#TahunMelawatMelaka2024
#HappyNewYear2024
#VisitMelaka2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

2 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy