80,000 Berselawat Di Stadium Hang Jebat

31 Disember – Malam Bandaraya Melaka Berselawat membuktikan sahutan anak Melaka dengan lebih 80,000 umat Islam negeri ini telah membanjiri Stadium Hang Jebat malam tadi.

Malam Bandaraya Melaka Berselawat merupakan acara bersempena Karnival Islamik Antarabangsa Melaka 2023 (KIAM 23′) anjuran Kerajaan Negeri Melaka Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Pertubuhan Rizq Melaka.

Program tersebut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum dan lain-lain kenamaan.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#KIAM23
#KarnivalIslamikAntarabangsaMelaka2023
#Selawat
#MalamBandarayaMelakaBerselawat
#MelakaBerselawat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

0 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy