Proton X70 Menanti Pengunjung Pelancaran TMM 2024 Esok

30 Disember – Sebuah kereta Proton X70 dan pelbagai barangan elektrik menanti pengunjung yang bertuah pada esok (31 Disember) sempena Pelancaran Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 dan Ambang Tahun Baharu.

Justeru, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan malam penuh gilang gemilang tersebut yang menyajikan pelbagai tawaran menarik bersaksikan panorama Sungai Melaka.

Sambutan itu dijadual berlangsung esok di Jeti Pejabat Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai (PPSPM), Dataran Pengkalan Rama dengan kehadiran artis tanah air antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Ziana Zain, Ernie Zakri, Siti Nordiana, Zamani serta ramai lagi.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#tmm2024
#happynewyear2024
#ambangtahunbaharu2024
#visitmelaka2024
#ManaLagiMelakaLer
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

0 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy