Kisah Syahadah Saudara Baharu

29 Disember – Norhayati Ayeh merupakan Orang Asli dari Perkampungan Orang Asli Lubok Bandung yang hadir ke Ceramah Agama Perdana ‘Ku Langkah Dengan Bismillah’ sama sekali tidak menyangka penghulu hari iaitu Jumaat menjadi saksi hatinya terbuka mengucap khalimah syahadah.

Menurut ibu kepada enam orang anak itu, kehadirannya ke ceramah agama itu bersempena Karnival Islamik Antarabangsa Melaka (KIAM ’23) adalah disaat akhir bersama dua anak perempuanya.

Norhayati berkata, disaat dia melafazkan khalimah keramat itu, dirinya terasa amat damai bagaikan hilang segala bebanan yang dirasai sebelum ini selain dia amat berharap agar terus dapat istiqamah dalam melaksanakan ibadah serta perintah Allah.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#KIAM23
#karnivalislamantarabangsamelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

1 view

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy