Lebih 1,200 Pemancing Meriahkan Megasurf Pantai Puteri 2023

25 Disember – Lebih 1,200 peserta mengambil bahagian pada pertandingan memancing Megasurf Pantai Puteri 2023 yang berlangsung di Pentas Budaya, Pantai Puteri, semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pertandingan tersebut menyediakan hadiah menarik bernilai lebih RM100,000 kepada pemenang.

Katanya, penganjuran program memancing itu akan diteruskan pada tahun hadapan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dengan skala yang lebih besar.

Terdahulu, pada pertandingan tersebut, Razali Mohd Tahir muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM25,000 selepas berjaya mendaratkan pari seberat 2.445 kilogram (kg).

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Megasurf
#PantaiPuteri
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

0 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy